Monday, August 31, 2009

Pahit -manisnya kehidupan

Assalamualaikum,
hidup ini sememangnya indah cuma manusia yang tidak pandai menghayatinya.Seumur hidupku selama ini banyak mensia-siakan nikmat hidup yang diberikan Allah Taala kerana mengejar perkara yang umpama bayang-bayang.Cuma apabila kini usia memasuki alam 40 tahun,barulah aku pandai menikmati hidup dalam erti kata sebenar.Setiap saat amat aku hargai dan syukuri.
Selama ini aku tidak pandai menghargai adik-adikku,malah sebelum ini aku mengharapkan agar mereka berkahwin segera.Namun selepas semalam,aku bertekad biarlah jodoh itu sampai secara semula jadi kepada mereka,tidak perlulah membuat gerakan besar-besaran untuk menjodohkan mereka.Mengapa semalam?
Semalam ialah hari terakhir cuti penggal kedua.Seorang adikku yang dah berkahwin meninggalkan rumah di kampung bersama keluarga untuk kembali ke rumahnya di Muazam kerana sekolah akan dibuka semula hari ini.Ada semacam rasa pilu,perit,sakit singgah di dada,aku rasa jika aku melayan rasa ini sehingga menangis,tangisan itu akan menjadi sesuatu yang sangat menyayat hati.Rasa itu semakin pedih apabila kulihat sorotan mata dan wajah ibu tua yang menghantar anaknya pergi.Ahhhh... tidak sanggup lagi rasanya bertemu selepas ini jika semuanya akan berakhir dengan perpisahan.Begitulah juga perasaan jika setiap adikku yang akan berpergian jauh dariku...Aku membayangkan hari semalam cuma seorang adik yang telah berkeluarga,nanti masa hadapan???Oleh sebab itulah aku ingin menikmati setiap detik kehidupan ini dengan penuh bermakna.
Bagaimana perasaan ini diubati?aku mensyukuri nikmat hidupku apabila mengharungi kehidupan bersama-sama kedua-dua ibu bapaku dan masih ada tiga orang adik yang diam bersamaku di rumah orang tua kami.Sebenarnya di kampungku ini,ramai yang tinggal bersendirian,tidak berkahwin atau menjadi ibu tunggal.Orang seperti De Timah,Busu Jama itu sebenarnya lebih kasihan daripadaku.Aku tidak patut berkeluh kesah dan mengadu malang kepada orang lain kerana sebenarnya nasibku jauh lebih baik daripada orang lain.Perkara seperi itulah yang mengubat lukaku dan memberiku lebih menghargai nikmat kehidupan.Benarlah seperti peribahasa Arab,jika kita menderita kerana kita tidak berkasut,sebenarnya kita lebih baik kerana ramai orang yang langsung tidak mempunyai kaki.Wahai insan,bersyukurlah dengan perkara yang kita miliki dan hargailah perkara yang kita miliki tanpa mengharapkan harta milik orang lain...

Thursday, August 20, 2009

di ambang ramadan



salam ramadan buat semua,
syukur ke hadrat ilahi kerana dipanjangnya umur saya,ibu bapa,adik-adik serta saudara mara dan sahabat sehingga kami menjadi insan bertuah yang berpeluang mengecapi nikmat ramadan yang penuh keberkatan ini.Azamnya supaya tidak melepaskan peluang sesaat pun kala ramadan dalam memperoleh rahmat Yang Esa.
selain itu penulis bercadang untuk berkongsi kisah-kisah manis saat ramadan ini untuk tatapan bersama.bukan apa,teruja membaca kisah dalam blog'sungai batu de relong'.kalau orang bergelar dr boleh menulis pengalaman lama,inikan pula orang yang belum bergelar,perlulah mengikut jejaknya itu.
gambar yang termuat dalam ruang ini ialah gambar adikku yang bertugas di sarawak,hari ni pulang bercuti seminggu di kampung.alangkah bahagianya melihat wajah ibu hari ini kerana dia tahu anaknya ini akan tiba di rumah dan mengisi rindunya selama seminggu.

Sunday, August 16, 2009

Bagaimana hendak kuluahkan rasa hatiku...

Assalamulaikum,
sebenarnya ada ada rasa yang terbuku di jiwa yang hendak kuluahkan pada hari ini.Oleh sebab ruang bacaanku ini tidak begitu disinggahi ramai,maka rasanya selamat jika aku meluahkan perasaanku di sini.Aku sekadar ingin berkongsi perasaan dan meluahkan tekanan yang semakin menghimpit sekarang ini.
Sebenarnya aku sungguh-sungguh bersimpati dengan ibuku. Bayangkan sejak umurnya 20 tahun melahirkan daku,selepas itu dia melahirkan 8 lagi anak yang seorang meninggal pada usia 12 tahun,lalu tinggallah 7 yang lain itu semuanya lelaki.mungkin membesarkan anak lelaki kala kanak-kanak dan remaja tidak banyak karenah,namun itu bukan persoalannya.Aku tergelak menonton drama Korea"My Too Perfect Sons'yang kini disiarkan di Channel 303,berkenaan seorang ibu yang membesarkan 4 anak lelaki yang setua 40 tahun dan masih tidak berkahwin.Bayangkan ibuku membesarkan 7 anak lelaki dan seorang anak perempuan yang juga setua 40 tahun he he dan hanya seorang yang baru berkahwin!kini 3 anak lelaki dan seorang perempuan tinggal bersamanya!Yang menjadi kasihan ialah anak-anak itu tidak mempunyai perasaan pun untuk menolongnya bersama-sama untuk melakukan kerja yang berat di dapur dan sebagainya.Ibu tua itulah yang bangun seawal 5 pagi memasak untuk anaknya keluar bekerja.Makanan tengah hari juga telah disediakan oleh ibu tua itu.Sekurang-kurangnya tolonglah lapkan meja,sekurangnya tolonglah sapukan sampah,bayangkan anak-anaknya hanya membasuh pinggan yang diguna sendiri,itupun dah cukup baik tolong basuh katanya,pinggan lain yang digunakan bagaimana?ibu tua itulah yang membasuhnya!Memang ada seorang anak yang sungguh baik hati,mendengar kata ibu tua ini.Setiap kali ibu hendak berpergian,anak inilah yang menghantarnya,jika siibu tidak menyukai gadis idaman sianak,maka si anak akan mempertimbangkannya semula,si anak ini memang patuh,bertuah mana-mana gadis yang memilikinya,namun sayangnya hati anak ini masih belum terbuka untuk mana-mana dara.Jadi berbalik kepada kisah ibu tua itu,bagaimana cara untuk meringankan beban si ibu???Jawabnya...KAWINKAN ANAK-ANAK LELAKINYA!!!!!!BIAR ORANG LAIN PULA YANG MERASAI NIKMAT UNTUK HIDUP BERSAMA-SAMA...Jadi sesiapa mencari lelaki idaman,tall,fair/dark,handsome,sila hantar resume ke warislinggi.blogspot.com