Tuesday, December 29, 2009

Lama Tidak Menjenguk

Assalamualaikum,
Lama sungguh tidak menjenguk di laman sendiri.Maklumlah ada ruang baru untuk meluahkan perasaan lalu tempat bermula mudah dilupakan.Walau apa pun,tempat pertama bercambah minat itu menjadi kenangan.Selepas aku menyiapkan semua tugasan yang diamanahkan,aku berjanji akan menyinggah di ruang ini untuk berkongsi suka duka setiap hari.Maklumlah selama ini aku menulis di dalam diari,namun setelah diari bertulis tangan itu tidak lagi wujud maka akan aku jadikan ruang ini sebagai diari mayaku.Banyak sungguh perasaan yang hendak kukongsi di sini.Maklumlah dalam saat meniti usi tua ini,himpunan kawan pun tak ramai,maka tak tau nak kuluahkan kepada siapa rasa hati yang selalu meronta-ronta,menggelora,kadang2 menggelegak dalam jiwa lalu tempat inilah yang akan menghimpunkan suka dukaku pada tahun 2010 nanti,tungguuuu........

3 comments:

Hashim Zabidi said...

Waris Linggi, orang Relong kot!

cikguwawa said...

salam,ye saya,orang Relong Jati.

vendoline said...

chill cikgu...kite masih mude...enjoy... hehehe