Sunday, March 22, 2009

Waktu untuk Perubahan

Pernah tak anda merasa bahawa perkara yang anda lakukan sehari-hari kini mendatangkan kebosanan dalam diri?
Pernah tak anda merasakan bahawa makanan yang anda makan hari-hari tidak lagi mendatangkan kekenyangan dan keenakan?
Pernah tak anda memikirkan bahawa rutin yang anda jalani setiap hari mula mengundang rasa jemu dalam diri?
Pernah tak anda berasa bahawa orang yang anda temui hari-hari kini tidak lagi memberikan kegembiraan dan keseronokan seperti sebelum ini?
Pernah tak anda terfikir betapa seronoknya sekiranya anda memiliki almari ajaib yang mempunyai pintu di belakangnya dan dunia lain di sebalik pintu itu?
Jika begitulah pemikiran anda,maka sudah tiba masanya untuk kita BERUBAH!!!!!!Kita jalani hidup baru yang berbeza dan menyeronokkan tetapi masih tidak melanggar perintah Allah!!!

Wednesday, March 4, 2009

Elaboration Likehood Model

Sebenarnya tajuk di atas memperkatakan perkara berkenaan dengan 'Decision Making'
Terdapat 2 cara kita membuat keputusan atau dipengaruhi membuat keputusan
1. Apabila kita termotivasi dan mampu menumpukan perhatian,kita akan berfikir secara waras dan rasional.Dan inilah yang merupakan langkah terpenting dalam membuat keputusan Semua ini akan membawa kepada perubahan tetap dalam tingkah laku kita apabila kita mempertimbangkan hujah-hujah penghujah.
2. Manakala cara kedua ialah cara lebih ringkas,iaitu kita tidak menumpukan sebarang perhatian kepada hujah-hujah retorik pemujukan tetapi dipengarahi melalui perkara lain di sebalik perwatakan luaran si penghujah.Dalam kes ini walaupun kita terpengaruh dan berubah namun perubahan itu bersifat sementara kerana akan wujud keadaan kita akan mudah dipengaruhi oleh perubahan seterusnya.

Salah satu cara terbaik untuk memotivasi manusia untuk memilih langkah terpenting dalam membuat keputusan ialah menjadikan mesej itu disampaikan secara peribadi kepada mereka.Ketakutan juga sebenarnya efektif untuk menjadikan mereka menumpukan perhatian tetapi hanya apabila dalam keadaan sederhana dan ada penyelesaian.Ketakutan yang berlebihan akan membawa kepada pergaduhan atau pergerakan keluar.
Langkah utama untuk membuat keputusan ini akan membawa pertimbangan dalam pemikiran apabila berlaku pertengkaran dan keputusan pasti akan dibuat dengan berhati-hati.
Manusia akan termotivasi untuk membuat langkah utama ini apabila terdapat isu yang relevan secara peribadi kepada mereka. Sesetengah orang mempunyai keperluan yang tinggi untuk meneroka ilmu secara berfikir,mereka ini suka meneroka,membuat kajian berbanding dengan mereka yang mempunyai keperluan yang rendah.Jadi mereka yang berkeperluan tinggi ini pastinya akan memilih langkah yang utama dalam membuat keputusan.