Wednesday, November 12, 2008

Erti Hidup

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulilah, saya masih boleh menulis pada hari ini. Walaupun sudah lama tidak menulis dan membuka blog sendiri namun ada satu pengalaman yang saya ingin kongsi bersama. Sebelum ini, sejak berakhirnya Ramadan, hati pun menjadi keras semula, mulalah jiwa terasa bosan dan sebagainya. Oleh sebab selama ini saya menulis pun jika excited sahaja, maka jika tiada apa yang mengujakan saya, saya pun tidak lalu pun untuk menulis. Kononnya jiwa kosonglah, hidup pun bosanlah dan lain-lain. Namun peristiwa 2 hari lepas cukup mengajar saya erti hidup.
Pada 2 hari lepas iaitu selasa-11/11/08, anak didikku pada peringkat SPM menduduki kertas bahasa Melayu SPM. Syukur Alhamdulillah,perkara-perkara yang dibincangkan semasa kelas minit akhir yang dipanggil Rewind KOMSAS dan REWIND TATABAHASA dapat memberi kesan kepada jawapan mereka. So pada petang itu semasa menunggu mereka keluar dari Dewan Peperiksaan, saya berehat di bilik guru. Kaki dah terasa lenguh, namun saya biarkan sahaja. Apabila balik ke bilik, memang cara berjalan saya dah terhincut-hincut. Saya menunaikan solat Asar dan berehat sambil menggosok minyak di kaki kiriku itu. Namun sebaik menjelang Maghrib, kakiku terasa panas dan urat-urat terasa tegang. Sebaik sahaja aku turun untuk bersujud, aku terjatuh kerana kakiku tidak mampu untuk membengkok. Saat itu baharulah aku sedar bahawa aku ada masalah serius. Terus saya menelefon adik untuk membawa saya ke rumah tukang urut di kampungku. Sesampai di sana, Mak Long mengurutku sambil bertanya kalau-kalau aku ada masalah lain yang menyebabkan kakiku bermasalah itu. Mulutku ketika itu hanya menyebut-nyebut nama Allah dan tiada lain yang kudoakan selain mengampunkan atas kesalahanku selama ini.Mak Long pun menyatakan bahawa uratku penuh kekejangan dan dia menasihatkan aku datang esok pagi untuk menyambung sesi menggosok ini kerana uratku pada malam itu terlalu panas dan kejang.
Malam itu aku tidur di bilik adikku di kampung dan bukan di bilikku sendiri kerana bilik itu yang dekat dengan pintu. Malam itu , aku tidak mampu tidur kerana seluruh kaki kiriku-bermula dari pangkal peha sehingga ke hujung jari kaki terasa panas dan tidak boleh disentuh langsung.Jadi kaki kiri itu tidak boleh digerakkan langsung. Cukup menyeksakan. Malam itu aku merefleksi diriku yang banyak menyakitkan hati orang lain. Malam itu juga aku membayangkan perkara-perkara yang buruk menimpa,bayangkan kakiku tidak pulih dan lumpuh ,bayangkan rupanya ada penyakit lain di dalam kakiku itu, bayangkan esok kubangun dan kakiku membengkak dan membiru dan ahhhh macam-macam imaginasi kuberlari. Tiba-tiba,aku terasa ingin ke tandas, Ya Allah,seksanya untuk membawa sebelah kaki yang tidak berfungsi namun terasa sungguh sakit apabila berpijak. Seketika itu, aku amat bersyukur selama ini kedua-dua kakiku berfungsi dengan baik namun tidak pernah kihargai fungsinya. Selalulah aku menyuruh adik-adik mengambil barang2 untukku kerana diri malas untuk bergerak,betapa tidak bersyukurnya aku selama ini.Kala ini baharulah aku menyesal atas segala kekurangan itu. Waktu yang berlalu sungguh panjang. Namun, perkara yang memeranjatkan ialah aku yang selama ini sangat penakut,walau sedikit bunyi pun akan mencurigakan aku namun malam yang panjang itu dan kesakitan dan ketakutan atas balasan yang akan menimpa membuatkan aku tidak berasa takut selain takut dengan kakiku yang mungkin menjadi lebih parah pada hari esok. Malam itu memang kudengar bermacam-macam bunyi...menjelang Subuh,aku bangun dan mengambil masa untuk ke tandas sekali lagi,sebaik sahaja azan Subuh menjelang, Alhamdulilah...kakiku sudah boleh memijak. SYUKURRRRRR.... ingin kujerit sahaja waktu itu namun saya mengambil wuduk untuk bersolat subuh. Waktu itu kuluahkan kesyukuran kepada Allah dan aku berazam untuk menghargai segala kurniaan Ilahi dan kuhargai setiap detik yang menjelma dan tidak kusia-siakan lagi setiap peluang , ruang dan saat yang diberi padaku.Insya-Allah. Sesungguhnya ujian sedetik ini sebenarnya diberi kepada untuk saya menghargai Erti Hidup!!

Saturday, October 11, 2008

Peranan masyarakat dalam mendidik remaja

Susah sebenarnya menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak remaja. Betapa ibu bapa mengharapkan agar anak-anak mereka tidak perlu membesar melebihi 10 tahun, mungkin ada yang berharap tidak perlu meniti umur belasan tahun. Bukannya apa, umue belasan tahun itulah yang amat penting dalam perkembangan hidup mereka. Sekiranya mereka melalui tempoh itu dengan pelbagai dugaan dan cabaran tetapi berjaya melaluinya ,pasti akal fikiran mereka bertambah matang. Namun , jika mereka lemas atau tersungkur ketika melalui titian remaja itu,jurang yang penuh derita menanti mereka pabila dewasa.
Oleh sebab itulah satu peribahasa Afrika menyatakan bahawa 'it takes a village to raise a child'. Sesungguhnya usaha yang bersepadu dan bersepakat perlu ada dalam masyarakat untuk menjaga anak-anak yang kian membesar ini. Kita tidak seharusnya membiarkan anak-anak bermasalah ini hanya ditangani oleh ibu bapanya yang sendiri hanyut dalam budaya hedonistik ini. Bukannya apa,kadang-kadang kami selalu bertemu dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bermasalah ini. Kata-kata cliche yang kami terima ialah... cikgu, kami pun taK berani nak tegur anak kami pakai baju yang terdedah itu, atau , cikgu, sayan tak mampu dah nak nasihat, dia bukannya dengar cakap! malah ada anak yang ditahan kerana mendedahkan pusat...tetapi ibunyab datang bukan setakat pusat terdedah tetapi rambutnya yang merah dan pakaian yang ketat sehingga urat pun tersembul keluar tetapi berbaju lengkap. Maknanya ibunya pun tidak menghayati adab berpakaian seorang muslimah,bagaimanakah anak yang muslimah dapat dididik? Sesungguhnya pendidikan keibubapaan dan pendidikan agama itu amat penting oleh ibu bapa terlebih dahulu sebelum merancang untuk membesarkan anak-anak. Jika tidak manakan modal insan kelas pertama dapat kita wujudkan pada PIPP 2006-2010 ini.
Sesungguhnya, marilah kita semua bersama-sama memberikan nasihat dan pendidikan kepada semua anak yang memerlukan bimbingan ini tanpa mengira anak siapakah mereka dan dari mana asal mereka. Namun , dalam memberikan teguran itu tidak perlulah kita menggores hati mereka dengan menyentuh asal mereka atau mengaitkan mereka dengan asal keluarga mereka. hal itulah sebenarnya yang dapat merobohkan perpaduan dalam masyarakat. Sebagai contohnya dalam sebuah kampung, Pak Amin hendak menegur anak Pak Mamet kerana mendedahkan aurat, maka dikatanya, hei Cici, buruk betul auratmu terbuka luas itu, memang kau tak tau malu macam mak dan pak mu juga..Ciss bukankah itu sudah menyentuh/menghina keluarga? Kita diharuskan menegur kesumbangan perilaku ahli masyarakat tetapi seeloknya janganlah diheret nama keluarga sekali dalam teguran ini. Apatah lagi remaja kini hanya menerima teguran secara baik atau secara psikologi. Mereka sebenarnya umpama lalang yang hanya menurut arah tiupan angin. Ketika peringkat inilah kita harus memandu mereka ke arah kebaikan. Memang mereka sentiasa berada dalam kekhilafan, maka kita yang lebih dewasa harus sentiasa memberikan panduan dan bimbingan agar mereka sedar akan kebenaran dan perlahan-lahan mereka akan bergeran ke arah itu. Ayuh... kita bantu mereka namun sebelum itu kita yang lebih dewasa inilah yang terlebih dahulu berada atas landasan kebenaran berteraskan keimanan !Insya-Allah

Monday, October 6, 2008

Apa Khabar Anak-anak Didikku


Assalamualaikum anak-anak didikku. Terima kasih kepada yang datang ke rumah pada hari raya,termasuk juga yang menghantar ucapan berhari raya. Tak sangka masih ramai yang mengingati.Maklumlah, tahun ini tak ada kad raya yang menjengah. Biasanya awal Ramadan dah menerima kad.Malah setiap tahun adik beradikku akan mengadakan pertandingan kad raya;tercantik,terbanyak,kiriman terjauh,termahal, paling awal dsb.Aku pasti menerima yang terbanyak he he sebab itu adikku selalu jealous.Namun tahun ini memang aku tak mendapat kad langsung. Ingatkan dah jadi 'pen yang kehabisan dakwat'-dicampak tidak dihiraukan lagi. Alhamdulilah, datang juga pada hari raya. Malah si Yuni yang bercakap cepat datang dengan Yati. Sumi je yang belum ke rumahku waktu raya. Sumi, betulkan khabar angin yang ditiupkan ke telingaku dari jauh ini? Berita yang kuterima ini lebih gempar dari Tsunami!Layangkanlah kebenaran agar kudapat menitipkan restu dari kejauhan...
Gambar atas itulah Surau terbaru sekolah kita. Hasil bertahun-tahun akhirnya tahun ini kami dapat mengerjakan tarawih dengan lebih selesa.Tahun ini memang aku mendapat banyak khabar daripada anak-anak didikku yang mula mendidik secara formal mulai 1993.Tahun ini salah seorang anak didik-class f.3 of 1995 dari Raub menitipkan khabar melalui nursenya dan bertugas di kampungku.Namun sampai sekarang kami masih belum bersua muka.Awal tahun seorang lagi menelefonku dari England-Class f.5 0f 2004. Walaupun ada yang menganggap remeh dan perkara kecil namun perkara seperti itulah yang menyuntik semangat dan motivasi dalam diri seorang guru 'lama' sepertiku yang berasa hampir tersungkur dek kerenah dalam dunia pendidikan. Itulah yang menyebabkan aku berasa sungguh kagum dengan guru-guru yang sudah hampir menamatkan perkhidmatan dalam arena pendidikan namun masih bersemangat juang yang cukup tinggi seolah-olah mereka masih baru berkhidmat. Apabila anak didik menyapa khabar,semangatku terus berkobar-kobar dan aku berjanji setiap kali ke sekolah aku memastikan bahawa aku ke sekolah untuk hari keduaku (kalau nak kata hari pertama- kita bukan mengajar lagi!orientasi dulu...)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri





Selamat Hari Raya kepada semua.Sedih sesangat kerana Ramadan telah ditinggalkan. Apatah lagi apabila saat-saat keberkatan Ramadan itu tidak dihayati sepenuhnya olehku. Maklumlah hidup ini penuh dengan kekhilafan. Bukan hidup yang disalahkan namun diriku merasa sungguh daif dengan pahala seusai Ramadan ini. Semoga Allah melanjutkan umurku dan seluruh ahli keluargaku untuk menikmati Ramadan lagi pada tahun hadapan. Insya-Allah. Sambutan raya tahun ini pastilah lebih meriah manakan tidak keluarga adikku dari Muazam beraya di kampung tahun ini. Dengan keletah anak-anak saudara pastinya Syawal ini lebih meriah
Sempena raya juga, keluarga kami menemukan seluruh ahli keluarga Wan Seriah di rumah salah seorang bapa saudaraku. Kali ini yang ke-4 rasanya. Aku pun mengorek sejarah Wan Seriah ku ini. Rupanya wan ku ini seorang yang sungguh kreatif dalam bidang tatarias. dialah orangnya yang dipanggil untuk menghias jika ada perkahwinan di kampungku. Malah segala macam perhiasan dia dipertanggungjawabkan oleh penduduk kampungku. Namun, rasanya tiada lagi anak cucunya yang mewarisi kreativitinya itu. Namun aku sempat menanam azam untuk mencuba sentuhanku yang selama ini aku cuba menghindari bidang halus begitu. Entah-entah yang kita jauhi itulah dunia kita.Manalah tau, apatah lagi aku antara cucu yang rapat dengannya. Aku ingat lagi semasa aku kecil umur antara 5-8 tahun, akulah cucu yang menemaninya minum teh pekat malam-malam dan akulah yang akan menghabiskan serbuk-serbuk teh yang diminumnya. Aku pun tak ingat mengapa aku makan serbuk teh itu he he he tetapi itulah saat yang paling ingat tentang wan seriah. Dialah juga yang menjagaku selama setengah tahun kerana ibu bapaku berpindah ke Kuala Tembeling dan aku 'tertinggal' di kampung.Al-fatihah untuk Wan Seriah.

Tuesday, September 23, 2008

Tak Sabar Nak Cuti.......................................................



Hari ini ialah hari rabu-24 Ramadan. Tinggal sehari lagi menjelang cuti hari raya yang bermula pada Jumaat ni. Tak sabar rasanya menunggu hari Jumaat ni.Sekarang ni memang tengah tension. Dengan PMRnya yang satu/dua minggu sahaja lagi, SPM dan STPM yang tinggal tidak sampai 2 bulan sahaja. Malah suasana atau saat yang paling sibuk sepanjang tahun dalam alam persekolahan ni ialah bulan 10,11 nilah. Jadi sekarang ini memang jiwalara ni berada dalam yang cukup memenatkan terutama pada bulan puasa yang penuh dengan keberkatan. Ditambah dengan kerenah pelajar yang tak makan nasihat,memang berpuasa pada tahun ini cukup mencabar. Oleh sebab itulah cuti yang semakin menghampir ini amat ditunggu-tungggu.

Wednesday, September 17, 2008

Lambaian Kampung Halaman





Pelik juga dengan sikap sebahagian warga kampung bukan kampungku lah tapi ermmm mungkin juga segelintir warga kampungku juga yang seolah-olah meminggirkan kampungnya sendiri.Golongan ini sentiasa mencari alasan untuk tidak pulang ke kampung.Oleh itu, aku pun mengepos sedikit gambar pemandangan indah kampungku ini untuk tatapan semua. Gambar di atas sekali kelihatan gua bama. Cerita Gua bama ini ada kaitannya dengan cerita Si tanggang. Manakala gambar di bawah sekali kelihatan Bukit Peninjau. Bukit ini merupakan tempat Tuk Linggi meninjau kampungku ketika pertama kali beliau tiba di kampungku. Malah nama bukit itu ada iras dengan nama tempatnya di Sumatera.Manakala gambar di tengah-tengah ialah gambar salasilah Tuk Linggi, sebenarnya gambar itu besar, aku hanya memfokuskan asal-usul generasi itu sahaja. Mungkin sekarang ini dah sampai keturunan ke-12.Namun kampungku ini memang indah. Ada banyak tempat yang boleh dipromosikan untuk dilawati malah kawasan Gua bama itu sendiri boleh dijadikan sebagai tapak perkhemahan.Sebenarnya sudah banyak usaha dijayakan untuk mendapatkan taraf homestay bagi kampungku itu. Namun usaha itu sehingga kini belum kesampaian.Oleh itu, wahai anak-anak kampung marilah kita menggali asal-usul dan selalulah menjenguk kaum keluarga yang masih ramai di sana. Teringat lagu 'Balik Kampung' & 'Dendang Perantau'

Tuesday, September 16, 2008

Selamat Hari Nuzul Quran

Malam ni kita akan menyambut Nuzul al-Quran. Bermakna tinggal 13 hari lagi kita berpuasa. Pejam celik,pejam celik begitu cepat Ramadan ini berlalu.Rasa sayu pula. justeru sementara kesempatan masa dalam bulan Ramadan yang masih ada ni, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan mengambil peluang setahun sekali ini untuk mengisinya dengan ibadah dan memohon berkat dari Ilahi. Semoga kita semua dilimpahi oleh rahmat-Nya.
Di samping itu, kome mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada adik-beradik kome yang berada bersepah-sepah di seluruh semenanjung malaysia supaya berpuasalah dengan penuh keikhlasan.Jangan menipu diri sendiri kerana Allah melihat apa yang kita semua lakukan. balik kampung jangan tangguh-tangguh. dapat cuti je terus balik. Alangkah rindunya mak dan abah kat rumah menunggu kepulangan korang. Dahlah sebelum ni jarang balik, asal ada cuti je wat program dengan MB lah, PM lah, macam-macam. Tapi kalau kita susah dan perlukan pertolongan bukannya MB yang akan menawarkan pertolongannya tetapi mak dan abahlah yang akan menolong dan membantu kita walau sesusah manapun mereka. Jadi asal ada masa dan kesempatan, jangan lengahkan untuk menemui mak dan abah kita.kalau yang duduk kat Trengganu tu janganlah lupa bawa balik keropok leko dan kuahnya sekali. Biarpun bulan puasa tetapi penangan keropok leko tetap tidak dilupa. manakala yang ada kat Kedah,bawak balik buah-buahan dan rojak buahnya sekali.Selamat meneruskan ibadah berpuasa dan isilah malam ini dengan ibadah. assalamualaikum

Monday, September 15, 2008

Selamat Hari Nuzul Quran

Malam ni kita akan menyambut Nuzul al-Quran. Bermakna tinggal 13 hari lagi kita berpuasa. Pejam celik,pejam celik begitu cepat Ramadan ini berlalu.Rasa sayu pula. justeru sementara kesempatan masa dalam bulan Ramadan yang masih ada ni, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan mengambil peluang setahun sekali ini untuk mengisinya dengan ibadah dan memohon berkat dari Ilahi. Semoga kita semua dilimpahi oleh rahmat-Nya.
Di samping itu, kome mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada adik-beradik kome yang berada bersepah-sepah di seluruh semenanjung malaysia supaya berpuasalah dengan penuh keikhlasan.Jangan menipu diri sendiri kerana Allah melihat apa yang kita semua lakukan. balik kampung jangan tangguh-tangguh. dapat cuti je terus balik. Alangkah rindunya mak dan abah kat rumah menunggu kepulangan korang. Dahlah sebelum ni jarang balik, asal ada cuti je wat program dengan MB lah, PM lah, macam-macam. Tapi kalau kita susah dan perlukan pertolongan bukannya MB yang akan menawarkan pertolongannya tetapi mak dan abahlah yang akan menolong dan membantu kita walau sesusah manapun mereka. Jadi asal ada masa dan kesempatan, jangan lengahkan untuk menemui mak dan abah kita.kalau yang duduk kat Trengganu tu janganlah lupa bawa balik keropok leko dan kuahnya sekali. Biarpun bulan puasa tetapi penangan keropok leko tetap tidak dilupa. manakala yang ada kat Kedah,bawak balik buah-buahan dan rojak buahnya sekali.Selamat meneruskan ibadah berpuasa dan isilah malam ini dengan ibadah. assalamualaikum

Sunday, September 14, 2008

Wah, imagine liverpool menang! memang tak percaya, tapi itulah hakikatnya. Biarlah deme tu menag dulu tapi hakikatnya yang menjuarai EPl nanti bukanlah diaorang. Bagi merasa menang dulu! Oklah stop cerita pasal bola. Nak cerita sikit tentang tarawih. Baru-baru ni saya merasa berbuka puasa di masjid kampung sendiri. Semasa nak berjemaah Maghrib, datanglah beberapa warga tua dalam kalangan wanita terbongkok-bongkok datang untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah.bayangkan mereka berbuka di rumah dan datang pula dari rumah untuk berjemaah maghrib pula. Saya rasa malu yang teramat sangat, kita yang sihat ni pun hanya datang untuk isyak dan tarawih sahaja , itupun berfikir beberapa kali tentang sakit itulah ,inilah, masalahlah dsbgnya, tetapi mereka yang dah berusia dan tak berdaya ini datang dengan bersungguh-sungguh. Maka saya pun menyematkan dalam tekad bahawa ibadah itu mesti bermula dalam usia yang muda dan berdaya! Selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah sunat yang lain !

Thursday, September 11, 2008

Musim Buah

Sebelum puasa ialah musim buah. Wah, tahun ini murah rezeki kami semua. Yang paling menjadi ialah buah rambutan. Bayangkan sampai sekarang buah rambutan masih ada! Yang paling sedap mestilah buah kundang. For those yang tak kenal what is kundang...take a look..........................
Rasanya ...hmm...manis. Cara makan.. hiris buah kundang ke dalam mangkuk. Then campur dengan 3 sudu rojak buah madu. Gaulkan, masukkan ke dalam peti sejuk. Selepas berbuka puasa,nikmatinya bersama-sama dengan keluarga.

Seronok berpuasa

Entah mengapa apabila tiba bulan rejab, syaaban, ramadan, hati digamit sayu. Bukan apa, terasa diri cetek sangat ilmu dan pengetahuan tentang ajaran Islam. Lantas atas kesedaran itulah, diri ini mula mengamalkan puasa-puasa sunat. Itupun setelah melakukan yang wajib. Bukan itu sahaja,sepanjang bulan-bulan ini, hati bagai digerak-gerak untuk melakukan pelbagai lagi ibadah sunah. Perasaan marah dan geram sepanjang bulan itu bagaikan tiada. Aku bagaikan dapat mengawal perasaan baranku selama ini. Yang aku bersyukur ialah sebelum Ramadan ini, terdapat beberapa orang yang berjaya menimbulkan perasaan geramku kepada mereka dengan tindakan mereka sebelum ini, tetapi bermulanya Ramadan itu, rasa dendam, geram, marah dan benci terus hilang sebaik menjelmanya sinar Ramadan. Sebenarnya letih juga memiliki perasaan yang marah akan orang ini. Justeru sepanjang bulan ini, terasa ketenangan dan kehidupan menjadi semakin bahagia. Yang kuharapkan dan kudoakan ialah ketenangan yang dimiliki sepanjang Ramadan ini dapatlah diteruskan ke hari-hari selepas Ramadan.
Sebab itu jugalah semasa Ramadan ini berjaya kumenulis di alam siber ini. Niat dah lama nak berkongsi jiwa dan rasa dengan 'anonymous' malangnya kurang peluang dan ruang.

Seronoknya dapat balik

Hari ini sudah jumaat, bagi perantau yang bercuti sabtu dan ahad, hari inilah hari yang ditunggu-tunggu selain merupakan penghulu segala hari! Yelah aku ni pun bolehlah dikategorikan perantau juga sebab tak duduk di kampung... jadi hari ni dapatlah aku merasa berbuka dengan abah dan mak. Yang penting nak cuba segala resepi yang dah di'download' selama ini. Menu yang paling teringin nak buat sendiri ialah 'bubur lambok'. Macam mana ye nak buat bubur lambok yang paling sedap? Patutlah selama ini orang sanggup berbaris panjang untuk mendapatkan semangkuk bubur lambok. Tapi bercakap pasal balik ni , kome nak berkongsi suatu sajak yang pernah ditulis semasa kome menuntut di Genting Highlands dulu...

Balik

Apam balik
sedap selalu
ayah balik(dari out station)
bawa baju
emak balik (ke kampung)
rumah haru
anak tak balik (ke rumah)
jadi hantu
anak balik (ke kampung)
ayam pilu (sebab kena korban)
tak dapat balik (sebab ada kerja/kelas)
emak sayu
balik raya
menerbitkan perasaan rasa
rindu, syahdu,sayu, pilu.


Wednesday, September 10, 2008

Siapa Tok Linggi?

Tok Linggi? Hmmm... nilah insan yang paling berpengaruh dalam hidup keluarga kami. Tok Linggi inilah yang membuka petempatan di kampungku. Menurut sejarah kampungku, Tok Linggi ini berketurunan Raja (entah kenapa semua orang yang merantau dari Indonesia semuanya keturunan raja pada masa dulu...)dia melarikan diti dari tempatnya kerana tidak mahu terlibat dalam perebutan takhta. Akhirnya sampailah ke tempat tertinggi di kampungku itu. Malah tempat tertinggi di kampung itu dinamakan hampir sama dengan nama tempat di kampung asalnya di Indonesia. Ye lah, aku pun berminat nak menggali asal usul Tok Linggi ini secara lebih mendalam.Itu pun setelah aku mendapati bahawa di Negeri 9 pun ada tempat bernama Kampung Relong. Cuma masa tak mengizinkan. Insya-Allah , suatu hari nanti akan diketahui juga siapakah Tok Linggi sebenarnya.

Wah, aku sudah ada blog sendiri!

Assalamualaikum, akhirnya dapat juga aku menatapi my own blog di internet. Ye lah selama dok asyik baca yang orang lain. hati meronta-ronta nak meluahkan perasaan tapi nak naklah orang tau. Ye lah kita akan rasa bebas bila dapat luahkan perasaan tanpa diketahui oleh orang lain. Akhirnya tercapai juga impianku selama ini! BerKAT RAMADAN! ALHAMDULILAH.

Monday, September 1, 2008

Rasa Hati Meronta-ronta

Hari ini terbuku juga perasaan yang selama ini penuh ketenangan. Macam-macam perasaan timbul. Ada rasa geram, marah, sakit hati, terkilan, rasa nak menjerit dan menghamburkan kemarahan pun ada. Manalah kita tidak sakit hati apabila kena tipu dengan anak murid sendiri. Masalahnya terang-terang kita menyaksikan perbuatan dia sebelum itu, apabila kita bertanyakan perbuatan yang dilakukannya itu, dia menafikan telah melakukan perkara tersebut. Arghhhh... memang tension...