Monday, August 31, 2009

Pahit -manisnya kehidupan

Assalamualaikum,
hidup ini sememangnya indah cuma manusia yang tidak pandai menghayatinya.Seumur hidupku selama ini banyak mensia-siakan nikmat hidup yang diberikan Allah Taala kerana mengejar perkara yang umpama bayang-bayang.Cuma apabila kini usia memasuki alam 40 tahun,barulah aku pandai menikmati hidup dalam erti kata sebenar.Setiap saat amat aku hargai dan syukuri.
Selama ini aku tidak pandai menghargai adik-adikku,malah sebelum ini aku mengharapkan agar mereka berkahwin segera.Namun selepas semalam,aku bertekad biarlah jodoh itu sampai secara semula jadi kepada mereka,tidak perlulah membuat gerakan besar-besaran untuk menjodohkan mereka.Mengapa semalam?
Semalam ialah hari terakhir cuti penggal kedua.Seorang adikku yang dah berkahwin meninggalkan rumah di kampung bersama keluarga untuk kembali ke rumahnya di Muazam kerana sekolah akan dibuka semula hari ini.Ada semacam rasa pilu,perit,sakit singgah di dada,aku rasa jika aku melayan rasa ini sehingga menangis,tangisan itu akan menjadi sesuatu yang sangat menyayat hati.Rasa itu semakin pedih apabila kulihat sorotan mata dan wajah ibu tua yang menghantar anaknya pergi.Ahhhh... tidak sanggup lagi rasanya bertemu selepas ini jika semuanya akan berakhir dengan perpisahan.Begitulah juga perasaan jika setiap adikku yang akan berpergian jauh dariku...Aku membayangkan hari semalam cuma seorang adik yang telah berkeluarga,nanti masa hadapan???Oleh sebab itulah aku ingin menikmati setiap detik kehidupan ini dengan penuh bermakna.
Bagaimana perasaan ini diubati?aku mensyukuri nikmat hidupku apabila mengharungi kehidupan bersama-sama kedua-dua ibu bapaku dan masih ada tiga orang adik yang diam bersamaku di rumah orang tua kami.Sebenarnya di kampungku ini,ramai yang tinggal bersendirian,tidak berkahwin atau menjadi ibu tunggal.Orang seperti De Timah,Busu Jama itu sebenarnya lebih kasihan daripadaku.Aku tidak patut berkeluh kesah dan mengadu malang kepada orang lain kerana sebenarnya nasibku jauh lebih baik daripada orang lain.Perkara seperi itulah yang mengubat lukaku dan memberiku lebih menghargai nikmat kehidupan.Benarlah seperti peribahasa Arab,jika kita menderita kerana kita tidak berkasut,sebenarnya kita lebih baik kerana ramai orang yang langsung tidak mempunyai kaki.Wahai insan,bersyukurlah dengan perkara yang kita miliki dan hargailah perkara yang kita miliki tanpa mengharapkan harta milik orang lain...

No comments: