Thursday, November 18, 2010

2010 yang bakal ditinggalkan

Assalamualaikum duhai ruangku yang sepi,
Maafkan diri yang tidak pandai menjaga hati.Maklum ada sisi yang baru,ruang yang lama langsung tidak disinggahi walau sedetik.Bukan disengaja,tidak juga kuterlupa.Terlalu banyak perkara yang harus diberi tumpuan sepanjang tahun 2010 sehingga soal hati dan rasa diabai.Baik,jom kita refleksi perkara-perkara gumbira & tak berapa gumbira 2010;
1.Kluster - Dengan teriktirafnya SMK Clifford sebagai sekolah kluster,4 bidang bitara harus digempur untuk meningkatkan kecemrlangan institusi sekolah ini di persada kebangsaan dan antarabangsa baik dalam bidang kurrikulum mahupun kokurikulum.Oleh sebab itu,hampir saban minggu kami menganjurkan aktiviti yang berkaitan keempat2 bidang bitara ini.Hampir setiap minggu juga,slot hari Rabu iaitu slot kokurikulum diambil untuk menganjurkan acara.Fuhhhhh...sibuknya...
2.Kelahiran Syahmi Budiman-Putra JPJ & Amshar Omar - Putra Pauh Panji hehehe...
Tahun ini merupakan tahun kelahiran cahaya mata ke-4 adindaku,Kami berbodong2 pegi ke Muazam untuk meraikan kelahran orang baru.Malangnya untuk amsyar,kami tak boleh buat gitu sebab jauh huhuhu,sorry ek amsyar,nanti mak long sedia sambutan VVIP masa amsyar balik ek.oh ye,tahniah juga untuk putra sulung Pija,Arash Adha (memang lahir masa aidiladha)kiranya 3 bersepupu itu akan bersainglah untuk apa2 anugerah or pencapaian yang diadakan untuk tahun mereka. Maknanya kalau kuar any result,(UPSR da x de),3 kali r telefon,tanya tentang setiap sorang,ohh ada UPKK,8 A lagi huhuhu...hmmm maknanya mak longnya kena sedia duit raya yang setara r untuk demeh bertiga tu,sebab mesti dok membanding jumlah duit raya huhuhuhuh...
hmmmm baru 2 perkara...(sambung kemudian ek...)

1 comment:

Edy Fee said...

salam...windu clifford..hehehe
cikgu..saya nak duit raya jugak...hehehe