Wednesday, November 12, 2008

Erti Hidup

Assalamualaikum,

Syukur Alhamdulilah, saya masih boleh menulis pada hari ini. Walaupun sudah lama tidak menulis dan membuka blog sendiri namun ada satu pengalaman yang saya ingin kongsi bersama. Sebelum ini, sejak berakhirnya Ramadan, hati pun menjadi keras semula, mulalah jiwa terasa bosan dan sebagainya. Oleh sebab selama ini saya menulis pun jika excited sahaja, maka jika tiada apa yang mengujakan saya, saya pun tidak lalu pun untuk menulis. Kononnya jiwa kosonglah, hidup pun bosanlah dan lain-lain. Namun peristiwa 2 hari lepas cukup mengajar saya erti hidup.
Pada 2 hari lepas iaitu selasa-11/11/08, anak didikku pada peringkat SPM menduduki kertas bahasa Melayu SPM. Syukur Alhamdulillah,perkara-perkara yang dibincangkan semasa kelas minit akhir yang dipanggil Rewind KOMSAS dan REWIND TATABAHASA dapat memberi kesan kepada jawapan mereka. So pada petang itu semasa menunggu mereka keluar dari Dewan Peperiksaan, saya berehat di bilik guru. Kaki dah terasa lenguh, namun saya biarkan sahaja. Apabila balik ke bilik, memang cara berjalan saya dah terhincut-hincut. Saya menunaikan solat Asar dan berehat sambil menggosok minyak di kaki kiriku itu. Namun sebaik menjelang Maghrib, kakiku terasa panas dan urat-urat terasa tegang. Sebaik sahaja aku turun untuk bersujud, aku terjatuh kerana kakiku tidak mampu untuk membengkok. Saat itu baharulah aku sedar bahawa aku ada masalah serius. Terus saya menelefon adik untuk membawa saya ke rumah tukang urut di kampungku. Sesampai di sana, Mak Long mengurutku sambil bertanya kalau-kalau aku ada masalah lain yang menyebabkan kakiku bermasalah itu. Mulutku ketika itu hanya menyebut-nyebut nama Allah dan tiada lain yang kudoakan selain mengampunkan atas kesalahanku selama ini.Mak Long pun menyatakan bahawa uratku penuh kekejangan dan dia menasihatkan aku datang esok pagi untuk menyambung sesi menggosok ini kerana uratku pada malam itu terlalu panas dan kejang.
Malam itu aku tidur di bilik adikku di kampung dan bukan di bilikku sendiri kerana bilik itu yang dekat dengan pintu. Malam itu , aku tidak mampu tidur kerana seluruh kaki kiriku-bermula dari pangkal peha sehingga ke hujung jari kaki terasa panas dan tidak boleh disentuh langsung.Jadi kaki kiri itu tidak boleh digerakkan langsung. Cukup menyeksakan. Malam itu aku merefleksi diriku yang banyak menyakitkan hati orang lain. Malam itu juga aku membayangkan perkara-perkara yang buruk menimpa,bayangkan kakiku tidak pulih dan lumpuh ,bayangkan rupanya ada penyakit lain di dalam kakiku itu, bayangkan esok kubangun dan kakiku membengkak dan membiru dan ahhhh macam-macam imaginasi kuberlari. Tiba-tiba,aku terasa ingin ke tandas, Ya Allah,seksanya untuk membawa sebelah kaki yang tidak berfungsi namun terasa sungguh sakit apabila berpijak. Seketika itu, aku amat bersyukur selama ini kedua-dua kakiku berfungsi dengan baik namun tidak pernah kihargai fungsinya. Selalulah aku menyuruh adik-adik mengambil barang2 untukku kerana diri malas untuk bergerak,betapa tidak bersyukurnya aku selama ini.Kala ini baharulah aku menyesal atas segala kekurangan itu. Waktu yang berlalu sungguh panjang. Namun, perkara yang memeranjatkan ialah aku yang selama ini sangat penakut,walau sedikit bunyi pun akan mencurigakan aku namun malam yang panjang itu dan kesakitan dan ketakutan atas balasan yang akan menimpa membuatkan aku tidak berasa takut selain takut dengan kakiku yang mungkin menjadi lebih parah pada hari esok. Malam itu memang kudengar bermacam-macam bunyi...menjelang Subuh,aku bangun dan mengambil masa untuk ke tandas sekali lagi,sebaik sahaja azan Subuh menjelang, Alhamdulilah...kakiku sudah boleh memijak. SYUKURRRRRR.... ingin kujerit sahaja waktu itu namun saya mengambil wuduk untuk bersolat subuh. Waktu itu kuluahkan kesyukuran kepada Allah dan aku berazam untuk menghargai segala kurniaan Ilahi dan kuhargai setiap detik yang menjelma dan tidak kusia-siakan lagi setiap peluang , ruang dan saat yang diberi padaku.Insya-Allah. Sesungguhnya ujian sedetik ini sebenarnya diberi kepada untuk saya menghargai Erti Hidup!!

1 comment:

dacezaher said...

Slot Machine Locations - Mapyro
Find the 부천 출장마사지 best slot 군포 출장샵 machines in Las Vegas and other Las 천안 출장샵 Vegas. The slot machine has a number of different 김포 출장마사지 designs, and is the only one you can find for 삼척 출장안마 it.