Saturday, October 11, 2008

Peranan masyarakat dalam mendidik remaja

Susah sebenarnya menjadi ibu dan bapa kepada anak-anak remaja. Betapa ibu bapa mengharapkan agar anak-anak mereka tidak perlu membesar melebihi 10 tahun, mungkin ada yang berharap tidak perlu meniti umur belasan tahun. Bukannya apa, umue belasan tahun itulah yang amat penting dalam perkembangan hidup mereka. Sekiranya mereka melalui tempoh itu dengan pelbagai dugaan dan cabaran tetapi berjaya melaluinya ,pasti akal fikiran mereka bertambah matang. Namun , jika mereka lemas atau tersungkur ketika melalui titian remaja itu,jurang yang penuh derita menanti mereka pabila dewasa.
Oleh sebab itulah satu peribahasa Afrika menyatakan bahawa 'it takes a village to raise a child'. Sesungguhnya usaha yang bersepadu dan bersepakat perlu ada dalam masyarakat untuk menjaga anak-anak yang kian membesar ini. Kita tidak seharusnya membiarkan anak-anak bermasalah ini hanya ditangani oleh ibu bapanya yang sendiri hanyut dalam budaya hedonistik ini. Bukannya apa,kadang-kadang kami selalu bertemu dengan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bermasalah ini. Kata-kata cliche yang kami terima ialah... cikgu, kami pun taK berani nak tegur anak kami pakai baju yang terdedah itu, atau , cikgu, sayan tak mampu dah nak nasihat, dia bukannya dengar cakap! malah ada anak yang ditahan kerana mendedahkan pusat...tetapi ibunyab datang bukan setakat pusat terdedah tetapi rambutnya yang merah dan pakaian yang ketat sehingga urat pun tersembul keluar tetapi berbaju lengkap. Maknanya ibunya pun tidak menghayati adab berpakaian seorang muslimah,bagaimanakah anak yang muslimah dapat dididik? Sesungguhnya pendidikan keibubapaan dan pendidikan agama itu amat penting oleh ibu bapa terlebih dahulu sebelum merancang untuk membesarkan anak-anak. Jika tidak manakan modal insan kelas pertama dapat kita wujudkan pada PIPP 2006-2010 ini.
Sesungguhnya, marilah kita semua bersama-sama memberikan nasihat dan pendidikan kepada semua anak yang memerlukan bimbingan ini tanpa mengira anak siapakah mereka dan dari mana asal mereka. Namun , dalam memberikan teguran itu tidak perlulah kita menggores hati mereka dengan menyentuh asal mereka atau mengaitkan mereka dengan asal keluarga mereka. hal itulah sebenarnya yang dapat merobohkan perpaduan dalam masyarakat. Sebagai contohnya dalam sebuah kampung, Pak Amin hendak menegur anak Pak Mamet kerana mendedahkan aurat, maka dikatanya, hei Cici, buruk betul auratmu terbuka luas itu, memang kau tak tau malu macam mak dan pak mu juga..Ciss bukankah itu sudah menyentuh/menghina keluarga? Kita diharuskan menegur kesumbangan perilaku ahli masyarakat tetapi seeloknya janganlah diheret nama keluarga sekali dalam teguran ini. Apatah lagi remaja kini hanya menerima teguran secara baik atau secara psikologi. Mereka sebenarnya umpama lalang yang hanya menurut arah tiupan angin. Ketika peringkat inilah kita harus memandu mereka ke arah kebaikan. Memang mereka sentiasa berada dalam kekhilafan, maka kita yang lebih dewasa harus sentiasa memberikan panduan dan bimbingan agar mereka sedar akan kebenaran dan perlahan-lahan mereka akan bergeran ke arah itu. Ayuh... kita bantu mereka namun sebelum itu kita yang lebih dewasa inilah yang terlebih dahulu berada atas landasan kebenaran berteraskan keimanan !Insya-Allah

1 comment:

qudwaH_Humaira' said...

assalamualaikum....

rindu di kejauhan kan kutitp dengan doa dan harapan...

hehe
cikgu..!!
saya lawat blog cikgu dulu ni...
hehehe