Wednesday, September 17, 2008

Lambaian Kampung Halaman





Pelik juga dengan sikap sebahagian warga kampung bukan kampungku lah tapi ermmm mungkin juga segelintir warga kampungku juga yang seolah-olah meminggirkan kampungnya sendiri.Golongan ini sentiasa mencari alasan untuk tidak pulang ke kampung.Oleh itu, aku pun mengepos sedikit gambar pemandangan indah kampungku ini untuk tatapan semua. Gambar di atas sekali kelihatan gua bama. Cerita Gua bama ini ada kaitannya dengan cerita Si tanggang. Manakala gambar di bawah sekali kelihatan Bukit Peninjau. Bukit ini merupakan tempat Tuk Linggi meninjau kampungku ketika pertama kali beliau tiba di kampungku. Malah nama bukit itu ada iras dengan nama tempatnya di Sumatera.Manakala gambar di tengah-tengah ialah gambar salasilah Tuk Linggi, sebenarnya gambar itu besar, aku hanya memfokuskan asal-usul generasi itu sahaja. Mungkin sekarang ini dah sampai keturunan ke-12.Namun kampungku ini memang indah. Ada banyak tempat yang boleh dipromosikan untuk dilawati malah kawasan Gua bama itu sendiri boleh dijadikan sebagai tapak perkhemahan.Sebenarnya sudah banyak usaha dijayakan untuk mendapatkan taraf homestay bagi kampungku itu. Namun usaha itu sehingga kini belum kesampaian.Oleh itu, wahai anak-anak kampung marilah kita menggali asal-usul dan selalulah menjenguk kaum keluarga yang masih ramai di sana. Teringat lagu 'Balik Kampung' & 'Dendang Perantau'

3 comments:

dixnx said...

eh... keturunan 12 yek... org keturunan ke tujuh... pelik2

cikguwawa said...

Weh memanglah lebih 7 keturunan dah. Akaq pun keturunan ke-7,dah bercucu cicit pun...

Dr. Aminudin Abdul Karim said...

Jiwalara, saya Abang minum mereka gelar saya ,bukan apa tak nak balik kerap, sesama saudara sering membenci kerana bila lihat orang lain berjaya, lihat sajak abang bawah entry banir, apabila kita dapat ijazah tertinggi dicurgai, apa salah orang Relong ada PHD, abang ingat seorang saja yang dapat ijazah itu, kalau Afendi Zakarian ,anak Cu Zakaria pun bukan lahir diRelong, takapa kalu nak kira lebih baik.Jadi balik kampong kalu dicurigai kerana kritik guabama semak ? itu yang betul bukan.

Dr Aminudin