Wednesday, September 10, 2008

Siapa Tok Linggi?

Tok Linggi? Hmmm... nilah insan yang paling berpengaruh dalam hidup keluarga kami. Tok Linggi inilah yang membuka petempatan di kampungku. Menurut sejarah kampungku, Tok Linggi ini berketurunan Raja (entah kenapa semua orang yang merantau dari Indonesia semuanya keturunan raja pada masa dulu...)dia melarikan diti dari tempatnya kerana tidak mahu terlibat dalam perebutan takhta. Akhirnya sampailah ke tempat tertinggi di kampungku itu. Malah tempat tertinggi di kampung itu dinamakan hampir sama dengan nama tempat di kampung asalnya di Indonesia. Ye lah, aku pun berminat nak menggali asal usul Tok Linggi ini secara lebih mendalam.Itu pun setelah aku mendapati bahawa di Negeri 9 pun ada tempat bernama Kampung Relong. Cuma masa tak mengizinkan. Insya-Allah , suatu hari nanti akan diketahui juga siapakah Tok Linggi sebenarnya.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

kalau nak tau sejarah tok linggi, sila ke blog http://rajaahmad.blogspot.com, tok linggi adalah anak raja dari kesultanan johor riau