Thursday, September 11, 2008

Seronok berpuasa

Entah mengapa apabila tiba bulan rejab, syaaban, ramadan, hati digamit sayu. Bukan apa, terasa diri cetek sangat ilmu dan pengetahuan tentang ajaran Islam. Lantas atas kesedaran itulah, diri ini mula mengamalkan puasa-puasa sunat. Itupun setelah melakukan yang wajib. Bukan itu sahaja,sepanjang bulan-bulan ini, hati bagai digerak-gerak untuk melakukan pelbagai lagi ibadah sunah. Perasaan marah dan geram sepanjang bulan itu bagaikan tiada. Aku bagaikan dapat mengawal perasaan baranku selama ini. Yang aku bersyukur ialah sebelum Ramadan ini, terdapat beberapa orang yang berjaya menimbulkan perasaan geramku kepada mereka dengan tindakan mereka sebelum ini, tetapi bermulanya Ramadan itu, rasa dendam, geram, marah dan benci terus hilang sebaik menjelmanya sinar Ramadan. Sebenarnya letih juga memiliki perasaan yang marah akan orang ini. Justeru sepanjang bulan ini, terasa ketenangan dan kehidupan menjadi semakin bahagia. Yang kuharapkan dan kudoakan ialah ketenangan yang dimiliki sepanjang Ramadan ini dapatlah diteruskan ke hari-hari selepas Ramadan.
Sebab itu jugalah semasa Ramadan ini berjaya kumenulis di alam siber ini. Niat dah lama nak berkongsi jiwa dan rasa dengan 'anonymous' malangnya kurang peluang dan ruang.

No comments: