Monday, October 6, 2008

Apa Khabar Anak-anak Didikku


Assalamualaikum anak-anak didikku. Terima kasih kepada yang datang ke rumah pada hari raya,termasuk juga yang menghantar ucapan berhari raya. Tak sangka masih ramai yang mengingati.Maklumlah, tahun ini tak ada kad raya yang menjengah. Biasanya awal Ramadan dah menerima kad.Malah setiap tahun adik beradikku akan mengadakan pertandingan kad raya;tercantik,terbanyak,kiriman terjauh,termahal, paling awal dsb.Aku pasti menerima yang terbanyak he he sebab itu adikku selalu jealous.Namun tahun ini memang aku tak mendapat kad langsung. Ingatkan dah jadi 'pen yang kehabisan dakwat'-dicampak tidak dihiraukan lagi. Alhamdulilah, datang juga pada hari raya. Malah si Yuni yang bercakap cepat datang dengan Yati. Sumi je yang belum ke rumahku waktu raya. Sumi, betulkan khabar angin yang ditiupkan ke telingaku dari jauh ini? Berita yang kuterima ini lebih gempar dari Tsunami!Layangkanlah kebenaran agar kudapat menitipkan restu dari kejauhan...
Gambar atas itulah Surau terbaru sekolah kita. Hasil bertahun-tahun akhirnya tahun ini kami dapat mengerjakan tarawih dengan lebih selesa.Tahun ini memang aku mendapat banyak khabar daripada anak-anak didikku yang mula mendidik secara formal mulai 1993.Tahun ini salah seorang anak didik-class f.3 of 1995 dari Raub menitipkan khabar melalui nursenya dan bertugas di kampungku.Namun sampai sekarang kami masih belum bersua muka.Awal tahun seorang lagi menelefonku dari England-Class f.5 0f 2004. Walaupun ada yang menganggap remeh dan perkara kecil namun perkara seperti itulah yang menyuntik semangat dan motivasi dalam diri seorang guru 'lama' sepertiku yang berasa hampir tersungkur dek kerenah dalam dunia pendidikan. Itulah yang menyebabkan aku berasa sungguh kagum dengan guru-guru yang sudah hampir menamatkan perkhidmatan dalam arena pendidikan namun masih bersemangat juang yang cukup tinggi seolah-olah mereka masih baru berkhidmat. Apabila anak didik menyapa khabar,semangatku terus berkobar-kobar dan aku berjanji setiap kali ke sekolah aku memastikan bahawa aku ke sekolah untuk hari keduaku (kalau nak kata hari pertama- kita bukan mengajar lagi!orientasi dulu...)

No comments: