Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri





Selamat Hari Raya kepada semua.Sedih sesangat kerana Ramadan telah ditinggalkan. Apatah lagi apabila saat-saat keberkatan Ramadan itu tidak dihayati sepenuhnya olehku. Maklumlah hidup ini penuh dengan kekhilafan. Bukan hidup yang disalahkan namun diriku merasa sungguh daif dengan pahala seusai Ramadan ini. Semoga Allah melanjutkan umurku dan seluruh ahli keluargaku untuk menikmati Ramadan lagi pada tahun hadapan. Insya-Allah. Sambutan raya tahun ini pastilah lebih meriah manakan tidak keluarga adikku dari Muazam beraya di kampung tahun ini. Dengan keletah anak-anak saudara pastinya Syawal ini lebih meriah
Sempena raya juga, keluarga kami menemukan seluruh ahli keluarga Wan Seriah di rumah salah seorang bapa saudaraku. Kali ini yang ke-4 rasanya. Aku pun mengorek sejarah Wan Seriah ku ini. Rupanya wan ku ini seorang yang sungguh kreatif dalam bidang tatarias. dialah orangnya yang dipanggil untuk menghias jika ada perkahwinan di kampungku. Malah segala macam perhiasan dia dipertanggungjawabkan oleh penduduk kampungku. Namun, rasanya tiada lagi anak cucunya yang mewarisi kreativitinya itu. Namun aku sempat menanam azam untuk mencuba sentuhanku yang selama ini aku cuba menghindari bidang halus begitu. Entah-entah yang kita jauhi itulah dunia kita.Manalah tau, apatah lagi aku antara cucu yang rapat dengannya. Aku ingat lagi semasa aku kecil umur antara 5-8 tahun, akulah cucu yang menemaninya minum teh pekat malam-malam dan akulah yang akan menghabiskan serbuk-serbuk teh yang diminumnya. Aku pun tak ingat mengapa aku makan serbuk teh itu he he he tetapi itulah saat yang paling ingat tentang wan seriah. Dialah juga yang menjagaku selama setengah tahun kerana ibu bapaku berpindah ke Kuala Tembeling dan aku 'tertinggal' di kampung.Al-fatihah untuk Wan Seriah.

No comments: